SELAMAT DATANG KE PERPUSTAKAAN DESA TELUK AIR TAWAR . .
PENGENALAN
Perpustakaan Desa Siber Ilmu Teluk Air Tawar adalah salah satu daripada 25 buah perpustakaan desa yang pertama telah dibuka pada Julai 1993.Perpustakaan ini terletak di atas bangunan JKKK Permatang Kuching dan Sekolah Tadika Kemas Permatang Kuching.

Perpustakaan ini terletak berhampiran kawasan perumahan, Tadika Kemas, Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah.Dengan ini, perpustakaan ini menjadi tumpuan komuniti kerana kedudukannya yang strategik.

Hingga kini Perpustakaan Desa Siber Ilmu Teluk Air Tawar mempunyai lebih 5,000 naskah buku, akhbar, majalah,serta beberapa jenis permainan dalaman untuk dimanfaatkan oleh pengguna.

Wednesday 18 April 2012

KARNIVAL HARI BUKU DAN HAKCIPTA SEDUNIA

Perbadanan Perpustakaan Awam Pukau Pinang akan mengadakan Karnival Hari Buku Dan Hakcipta Sedunia di Perpustakaan Cawangan George Town pada 23 April 2012 (Isnin).Pelbagai aktiviti akan dijalankan di sana.Maklumat lanjut boleh layari
Portal Rasmi Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang